Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.
Sudah lama blog ini tidak diupdate. Ini adalah kerana kebelakangan ini empunya diri berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan berbuat demikian. Mungkin akibat demam chikungunya yang menyerang. Semenjak ulangtahun hari jadi pada 25 Nov hingga ke hari ini, penyakit ini masih belum sembuh sepenuhnya. Aku reda kerana ini adalah ujian Allah buatku.
Penyakit sebenarnya diturunkan untuk menguji kita dan membuat kita lebih rapat dengan Allah. Saat-saat yang paling sukar bagiku adalah ketika bangun di waktu subuh - seluruh joint berasa sakit dan sukar untuk duduk ketika sujud dan tahyat. Namun aku kuatkan diriku untuk melawannya dan alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih 75%.
Tahun Hijrah 1429 /2008 M telah berlalu dan kini aku lebih dewasa. Aku sentiasa berpegang kepada prinsip - "JANGAN BERLAGAK TUA KETIKA KITA MASIH MUDA" - akan lahirah orang muda yang kelihatan "haggard", lesu, berjanggut/berjambang yang tak terurus dlln sifat orang tua.
"JANGAN BERLAGAK MUDA SESUDAH TUA" - akan lahirlah orang yang sudah tua tetapi perangai dan tingkah laku seolah-olah orang muda. masih rockers, playboy, pengunjung disco dlln.
Kita harus bersyukur kepada Allah kerana "menghidupkan" kita sekian lama dan isikanlah kehidupan kita ini dengan perkara-perkara yang berguna untuk dunia dan akhirat.
Hari ini aku berasa sungguh gembira. Petang tadi aku didatangi seorang amoy Cina untuk membuat kaji selidik tentang suatu produk. Dia bukan seorang jurujual. Cuma ingin bertanya beberapa soalan kajiselidiknya.
Setelah kami berbual seketika, terkeluar pertanyaan daripada mulutnya, "Abang umur berapa?"
Aku menjawab "Umur saya 63 tahun."
Katanya (sambil senyum), "Wah, bapa saya juga umur serupa. Tapi fasal apa papa saya nampak lebih tua dari abang?"
Kataku, "Macam tu awak kena panggil saya uncle. Abang tak betul. Dan bagitau papa awak, dalam hidup ini jangan terlalu serius, enjoy and be happy, masaalah jangan dicari and be thankful to God"
Aku senyum dan isteriku juga tersenyum.
---------------
Pengajarannya - bukan susah untuk membuat seseorang itu gembira. Tak perlu menggunakan wang. Tak perlu berbelanja. Cuma kita perlu senyum dan berkata dengan kata-kata yang manis.
Kata orang, jika kita berkawan dengan lebah, kita akan dibawa ke tempat yang manis dan bermadu. Jika kita berkawan pula dengan lalat, kita akan dibawa ke tempat yang busuk.
Tetapi jika kita berkawan dengan lebah-lalat, kita akan dibawa ke tempat manis dan busuk.
Berkawan dengan binatang buas, semacam mana baiknya dia, satu hari kita dibaham juga.
Kata Hadis:
Berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat kepada badan kita.
Berkawan dengan tukang besi, kalau tak kena percikan api, bahangnya terasa juga.
Oleh itu - berhati-hatilah dalam memilih kawan agar kita sentiasa dipelihara daripada godaan syaitan yang memang dicipta untuk merosakkan manusia.
Katanya "Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain".
Sekali lagi saya termangu. Tak dapat mencari jawapan dengan tepat. Saya agak hairan, kenapa rakan-rakan saya ni suka sangat berteka-teki. Mungkin untuk menguji IQ saya.
Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.
Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.
Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.
Ain..ILMU. Apa saja yang kita lakukan mestilah berilmu, untuk mempastikan ianya berjaya. Tidak semestinya dalam bidang agama saja, malah dalam apa bidang sekalipun. Amalan yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan ilmu yang khusus, pastinya kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Segala usaha menjadi sia-sia.
Ain kedua..AMAL. Ilmu yang kita miliki haruslah diamalkan. Barulah ianya sempurna. Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan ibarat menanam pokok tetapi tidak dibaja dan dibelai.
Sekian analogi yang dibuat oleh kawan saya tentang orang yang tak akan cium bau syurga. Orang yang tidak ada 3 alif dan 2 ain. Sama-samalah kita renungkan dan jika sesuai jadikan panduan dan teladan untuk memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah swt.
Wallahuaalam.
Hidup ini tidak kekal. Dan yang pentingnya adalah apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Apakah amalan kita dan apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara. Namun kita harus mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Teringat saya kepada seorang rakan, katanya "Apakah rukun hidup?" Setelah saya menggaru kepala mencari jawapan, lantas dia berkata "Rukun hidup ada
Setelah saya tidak menjawab dengan tepat, terus diberikannya jawapan. Katanya "Rukun hidup ada
Saya amat bersetuju dengan pendapatnya. Bayangkan berapa hari yang kita boleh bertahan untuk tidak melakukan salah satu dari perkara di atas. Jika kita kaya dengan harta dan wang sekalipun, kurang salah satu di atas juga menyebabkan hidup kita tidak bahagia.
Bila semua aspek itu sempurna, maka mudahlah kita beribadat, melakukan perkara-perkara kebaikan dlln. sebagai pengisian hidup ini.
Menjadi pemimpin amat mudah - cari beberapa orang pengikut, terus kita jadi pemimpin. Tetapi hendak menjadi seorang pemimpin yang baik bukan senang. Seorang pemimpin yang baik harus memiliki beberapa ciri tertentu. Dari segi Islam kita akan ditanya di akhirat kelak - apakah yang telah kita lakukan semasa kita menjadi pemimpin. Seorang pemimpin tidak seharusnya digeruni atau ditakuti tetapi perlu pandai mendapatkan rasa hormat daripada orang-orang yang dipimpinnya.
Senario semasa dalam politik tanah air, ramai orang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Dan terdapat pelbagai alasan mereka berbuat demikian.
Apa pun alasan yang diberi, harapan kita adalah pertandingan jawatan dalam parti kali ini hendaklah dijalankan dalam keadaan yang bersih dari segi gejala kotor seperti sogokan wang, janji jawatan, balasan kedudukan dlln. Garis panduan yang telah diberikan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia tentang tataetika ahli hendaklah dipatuhi.
Pemimpin dipanggil LEADER dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan perkataan tersebut kita boleh membuat suatu analogi tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
L oyal (TAAT) : Seorang pemimpin yang baik mesilah taat kepada institusi dan rakyat yang dipimpinnya. Janganlah ketika bahteranya dilanda ribut dia melompat ke tempat lain. Sebagai nakhoda dia sepatutnya menjadi orang terakhir berbuat demikian.
Perjuangan individu dan kepentingan kendiri mesti dielakkan - 3 kali menjadi wakil tetapi apabila ditolak pada kali ke 4, terus mengkhianati parti; telah beberapa kali mendapat habuan dari parti tetapi sekali ditolak lantas marah dan sabotaj parti.
E xample (TELADAN) : Kepimpinan melalui teladan! Seorang pemimpin adalah menjadi teladan kepada orang yang dipimpin. Sifat negatif hendaklah dihindari. Jangan jadi seperti "Ketam menyuruh anaknya berjalan betul". Ke sana-sini mempamerkan ciri nilai-nilai murni tetapi disebaliknya menjadi pengunjung tetap Pub dan KOK, sering 'menyeberang sempadan', menjadi 'sugar daddy' dlln.
Active (CERGAS) :
Seorang pemimpin yang cekap mestilah sihat fizikal dan mental. Rasullah s.a.w diangkat mejadi Rasul ketika berumur 40 tahun dan wafat semasa usia 63 tahun (walaupun Baginda boleh meminta untuk diwafatkan lebih tua dari itu). Iktibar dari itu, sesiapa sahaja yang berhajat hendak menjadi pemimpin, mestilah tergolong dalam lingkungan usia ini. Ambil contoh seorang pemimpin yang dilantik ketika berumur 35 tahun.
Penggal
Penggal
Penggal
Penggal
Penggal 6: 60 thn (“Eh..Eh..saya masih bertenaga”)
Penggal 7: 65 thn ("Saya masih popular dan ramai pengikut")
Akibatnya, barisan pelapis yang telah sekian lama menunggu menjadi jemu dan terjadilah cantas-mencantas, fitnah-memfitnah dan lain-lain usaha untuk menjatuhkannya. Maka parti pun jadi huru-hara.
Dedicated (BERSUNGGUH) :
Seorang pemimpin yang baik, sentiasa memikirkan cara-cara memajukan parti. Sentiasa ada bersama rakyat terutama semasa kejadian bencana. Selalu turun
E fficient (CEKAP) :
Bijak mentadbir. Berlaku adil dalam semua tindakan. Tidak mempunyai ‘clique’atau kroni.Memberi keutamaan kepada orang yang dipimpin. Peka kepada masalah rakyat dan sentiasa memberikan bantuan sama ada secara moral atau material. Memimpin institusinya ke arah kemajuan dan kecemerlangan.
R ational (BERHEMAH) :
Tidak mudah terpengaruh dengan fitnah. Segala tindakan dilakukan secara berhemah. Mengamalkan sifat kematangan dalam tindakan. Tidak bertindak secara melulu dan tanpa usul periksa. Tahu membezakan antara pengikut yang menyokong dan membangkang serta melayan mereka secara yang sepatutnya.